
Selepas bergolaknya rumahtangga Norish Karman, Siti Nordiana, Krisdayanti dan Ida Nerina, seorang lagi artis terkenal, Natasha Liana Hudson, 27, terpaksa menempuh takdir perpisahan.
Murai Batu mendapat tahu perkara ini daripada laporan akhbar Berita Harian, semalam apabila Natasha telah mengesahkan perceraian dengan suaminya, Datuk Shahrin Zahari, 28, seorang usahawan dari Kelantan sejak sebulan lalu dan keputusan itu atas dasar persefahaman antara mereka berdua.
Sejak berkahwin 2 tahun lalu, iaitu pada 29 Julai 2007, mereka telah menimang seorang cahaya mata perempuan iaitu Nessa Helena. Bagaimanapun, perpisahan akhirnya berlaku selepas mereka tidak lagi sehaluan.
"Kami sudah berpisah dan sebolehnya saya enggan memberi komen lanjut mengenai hal ini. Keputusan berpisah sudah dibuat sebaik mungkin biarpun kami masih sayang menyayangi di antara satu sama lain.
"Ini takdir ketentuanNya dan saya terima dengan hati terbuka. Barangkali perpisahan ini jalan terbaik untuk kami bermusahabah diri dan memberi ruang untuk diri masing-masing," begitulah antara petikan kata-kata Natasha. Menurut laporan itu lagi, ini kali kedua Natasha bercerai.
Murai Batu dapat tahu, Sabtu ini Natasha akan mengadakan pertemuan dengan pihak media di Bangsar bagi menjelaskan perkara sebenar. Mungkin Natasha ingin menjaga hubungan baiknya dengan pihak media kerana dia pernah diboikot sekejap gara-gara perkahwinannya dulu telah membelakangkan wartawan yang tulus hendak membuat liputan.
Harap-harap Natasha akan tenang menempuh kehidupannya dan mungkin satu hari akan menempuh perkahwinan yang berkekalan.
0 comments:
Post a Comment