
Debaran Malam Sehati Berdansa yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104) malam tadi menyaksikan pasangan Oshin & Firdaus berjaya diserap kembali sekaligus memberi harapan baru kepada Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia yang diwakili mereka.
Ini bermakna bekas ahli kumpulan Lips Oshin atau Nurul Huda MD Nasir, 23, dan suami, Mohd Firdaus Bin Mohd Shukor, 27, yang pernah tersingkir pada minggu tarian Latin iaitu minggu ke-5, kembali ke pentas Sehati Berdansa dan bakal meneruskan saingan minggu depan.
Keputusan yang diumumkan pengacara Awal Ashaari, Oshin & Firdaus berjaya menundukkan semua saingannya iaitu Anita & Ismadi, Enot & Zainol, Mirna & Norah, serta Didie & Sham selepas mengutip markah paling tinggi.
Persembahan pada minggu ini nyata sengit dan setiap pasangan telah memberi persembahan yang terbaik. Kesemua peserta mendapat komen positif daripada ketiga-tiga juri malam ini iaitu, Jaafar Onn, Joseph Gonzales dan Farah Sulaiman.
Bagaimanapun, berbeza dengan minggu-minggu sebelumnya, minggu ke-7 ini tiada sebarang markah yang diberikan oleh juri. Ini kerana 100% markah adalah diletakkan di tanggan penonton bagi memberi peluang sepenuhnya kepada mereka memilih pasangan yang layak kembali beraksi di pentas Sehati Berdansa 3 musim ini.
Pada minggu depan Oshin & Firdaus meneruskan persembahan tarian dan kembali bersaingan dengan 4 pasangan yang masih kekal iaitu Sazzy Falak & Nazril Idrus; Isma AF7 & Zul 2 By 2; Dira & Ash serta Syed Hussein & Noor Diyana.
0 comments:
Post a Comment